Meminang


Apabila telah diketahui yang gadis tersebut belum berpunya ketika upacara merisik, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.

Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Kini, upacara meminang selalunya disatukan terus dengan upacara bertunang. Almaklum, ada keluarga yang berjauhan jadi terlebih elok sekiranya majlis ini terus disatukan.


~MERISIK~ <<<<< ~MENU UTAMA~ >>>>> ~BERTUNANG~



About