Pastikan anda mengisi borang dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kesalahan maklumat yang dicetak adalah dari kesilapan anda sendiri. Setelah siap mengisi borang, sila sms kami untuk tindakan kami yang selanjutnya.
sms di talian - 019 2204603
Sila scan dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda ke prokadbiz@gmail.com. Anda juga boleh menggunakan peta majlis kahwin berdekatan kawasan anda sebagai rujukan untuk kami. Nombor invois akan diberi melalui balasan email ke email anda. Nombor ini adalah rujukan untuk tempahan anda.
sms di talian - 019 2204603
Sila scan dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda ke prokadbiz@gmail.com. Anda juga boleh menggunakan peta majlis kahwin berdekatan kawasan anda sebagai rujukan untuk kami. Nombor invois akan diberi melalui balasan email ke email anda. Nombor ini adalah rujukan untuk tempahan anda.
LANGKAH-2 MEMBUAT TEMUJANJI
(HANYA UNTUK PELANGGAN SEKITAR JOHOR BAHRU SAHAJA)
(HANYA UNTUK PELANGGAN SEKITAR JOHOR BAHRU SAHAJA)
Apa yang akan anda lakukan:-
- Melihat katalog rasmi proKad.
- Mencapai persetujuan.
- Rangka peta rumah.
LANGKAH-3 PEMBAYARAN DEPOSIT PERTAMA
DEPOSIT PERTAMA - RM60.
Sila buat bayaran deposit kepada akaun kami atau ketika temujanji. Scan dan email resit deposit ke prokadbiz@gmail.com.
Sila nyatakan sekali nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.
Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois. Invois akan tercatit harga bersih tempahan anda (termasuk harga penghantaran pos). Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses.
LANGKAH-4 MEREKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN
Kami akan memulakan proses pembikinan rekabentuk kad apabila LANGKAH-3 telah selesai diikuti. Tempoh merekabentuk adalah 3-7 hari berkerja. Rekabentuk kad yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.
LANGKAH-5 SEMAKAN & PEMBETULAN
Sila semak dengan teliti (isi kandungan + peta) kad kahwin anda. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat. Kami tidak akan bertanggungjawab sekira masih terdapat kesalahan selepas prosedur ini.
LANGKAH-6 DEPOSIT KEDUA - 50%
Sila buat bayaran deposit 50% dari jumlah baki bersih tempahan anda seperti yang telah diberitahu pada LANGKAH-3. Sila buat bayaran deposit kepada akaun kami. Scan dan email resit deposit ke prokadbiz@gmail.com.
Sila nyatakan sekali nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.
NOTA : KAD ANDA TIDAK AKAN DIPROSES CETAK SELAGI DEPOSIT 50% TIDAK DIBUAT. SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN KAD LEWAT DITERIMA.
LANGKAH-7 PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan di buat apabila rekabentuk kad telah dipersetujui dan deposit 50% telah dibayar. Tempoh proses cetakan adalah diantara 7-14 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda.
LANGKAH-8 KAD SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap sedia untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 7 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda.
LANGKAH-9 BAYARAN AKHIR
Setelah kad anda siap, pihak kami akan menghubungi anda untuk proses bayaran akhir. Sila buat bayaran akhir baki 50% dari jumlah bersih tempahan anda serta kos penghantaran ke akaun kami sebelum pihak kami menghantar tempahan kad anda melalui pos.
NOTA : KAD ANDA TIDAK AKAN DISERAHKAN SELAGI BAYARAN AKHIR 50% TIDAK DIBUAT. SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN KAD LEWAT DITERIMA.