FAQ

1.     Bagaimana jika saya ingin membuat tempahan kad kahwin di website ini? 

Sila isi borang tempahan yang terdapat di halaman web ini. Anda juga boleh merujuk halaman ini. http://prokad.blogspot.com/p/proses-tempahan.html 


2.     Adakah selamat untuk saya mengunakan perkhidmatan proKad? 

Kami faham tentang kerisauan anda ketika menggunakan perkhidmatan secara dalam talian (online). proKad diuruskan oleh M3AQ Enterprise, sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Semua maklumat tentang syarikat kami boleh diperoleh di sana sekiranya anda khuatir akan berlakunya penipuan apabila berurusan  dengan syarikat kami. 
Selain itu akaun HSBC kami adalah didaftarkan atas nama syarikat kami. Jadi tidak ada sebab untuk kami menipu anda. Kami juga yang akan susah kan, tak gitu? 


3.     Berapa lama tempoh kad saya boleh disiapkan? 

Tempoh kad disiapkan bergantung kepada jenis kad yang anda tempah. Kebiasaannya masa untuk menyiapkan artwork kad anda adalah 1 minggu. Ini juga bergantung pada tahap kepuasan pelanggan kami. Makin cerewet, makin lambat. Hehehe. Manakala proses printing mengambil masa 1-2 minggu dari tarikh anda membuat pengesahan artwork yang hendak di print.

Bagi kad VIP / Hard Cover, tempoh masa yang lebih panjang diperlukan iaitu sekurang-kurangnya 6 minggu. Ini kerana kad hardcover memerlukan kerja tangan yang teliti untuk disiapkan (handmade). Anda mesti tak mahu kami buat kad anda secara sambil lewa bukan? Kesabaran anda akan berbaloi setelah meihat sendiri hasilnya nanti. Oleh itu, sila buat tempahan awal untuk mengelakkan kelewatan kad anda diterima. 


4.     Bilakah masa yang sesuai untuk menempah kad kahwin saya?

Mungkin ramai yang masih tertanya tanya bilakah waktu paling sesuai untuk mereka menempah kad perkahwinan. Maklumlah, baru pertama kali. Hehehe. Sebenarnya anda digalakkan menempah kira kira 2-3 bulan lebih awal sebelum tarikh perkahwinan.
Menempah di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Terutama sekali jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan. Al maklumlah, waktu itu memang ramai bakal mempelai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan agar kad dapat diedarkan dengan sempurna.

Menempah di saat akhir juga banyak keburukannya. Bukan sahaja anda lewat mendapat kad kahwin yg ditempah tetapi anda juga kesuntukan masa untuk mengedarkan kad jemputan kahwin. Kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin berlaku pada kad kahwin jika kelam kabut menyemak draf kad yg dibuat. Segalanya akan jadi serba tak kena.

Menempah kad perkahwinan terlalu awal juga kadang-kadang mendatangkan masalah juga. Mungkin anda akan bertukar tarikh dan tempat yg kita tidak ketahui di masa hadapan.

Jadi buatlah perancangan sebaik baiknya sebelum anda mengambil kata putus menjemput sanak saudara, rakan & sahabat handai ke majlis gemilang yang bakal anda raikan nanti.



5.     Bolehkah saya menempah kad perkahwinan di pejabat proKad? 

Buat masa ini, kami masih belum mempunyai showroom untuk mempamerkan koleksi kad kahwin kami. Pejabat kami lebih kepada stor menyimpan barang-barang tempahan. Walaubagaimanapun, buat pelanggan kami yang berada di sekitar Johor Bahru, pihak kami boleh datang terus ke tempat anda. Designer kami akan membawa contoh-contoh kad untuk anda lihat sendiri. Lebih mudah bukan !!! 


6.     Saya ingin menempah kad, walaubagaimanapun adakah kad saya dijamin akan tiba dalam keadaan yang baik? 

Setiap kad yang akan dihantar kepada pelanggan kami, akan dibungkus rapi dengan sebaik mungkin. Pihak kami memberikan jaminan bahawa semua kad adalah dalam keadaan yang baik semasa penghantaran dibuat. Walaubagaimanapun, setelah bungkusan diserahkan kepada syarikat courier/pos, kami tidak lagi mempunyai kuasa untuk memastikan keselamatan kad anda. Selebihnya adalah dibawah tanggungan syarikat courier/pos.

Namun begitu, pihak courier ada menyediakan pakej insurans kepada pelanggan yang ingin mendapatkannya. Sekiranya kad yang diterima dalam bungkusan yg koyak/terburai atau seperti telah dibuka, sila buat aduan dengan syarikat penghantaran kerana ia diluar bidang kuasa kami. Pihak kami amat berharap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu melegakan kerisauan anda.

About