Merisik


Merisik merupakan adat pertama yang masyarakat Melayu akan lakukan sebelum menjalin hubungan perkahwinan. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.


Cincin belah rotan

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun, kini adat merisik jarang dilakukan lagi kerana sesetengah pasangan telah terlebih dahulu berkenalan sebelum ini, justeru mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.



~MENU UTAMA~ <<<<<<<<<<.>>>>>>>>>> ~MEMINANG~



About